Biarlah Rahsia
Biarlah Rahsia

Biarlah Rahsia

"Biarlah Rahsia"[1] ialah single pertama daripada album Transkripsi, dan merupakan lagu yang paling sensasi dan dikatakan ada kena mengena dengan hidup Siti Nurhaliza. Lagu ciptaan Melly Goeslaw ini juga telah menjadi juara beberapa carta di radio dan televisyen selama beberapa minggu. Lagu ini dimuatkan di dalam album Siti Nurhaliza yang bertajuk Transkripsi.Lagu ini amat popular pada tahun 2006 dan dikaitkan dengan gembar-gembur akan cinta Siti Nurhaliza apabila lagu ini dikeluarkan ketika hangat diperkatakan bahawa Siti Nurhaliza bercinta dengan Datuk Khalid Muhammad Jiwa. Lagu tersebut diibaratkan sebagai jawapan kepada desas-desus tersebut iaitu menyarankan akan hal tersebut biarlah dirahsiakan. Lagu ini pertama kali diperdengarkan secara eksklusif secara langsung oleh Datuk Siti Nurhaliza ketika Anugerah Planet Muzik 2006 di Singapura.Lagu ini mempunyai maksud yang mendalam dan amat umum kepada mereka yang berahsia. Lagu ini dikaitkan juga dengan Farhan ketika di Akademi Fantasia apabila pada minggu beliau ditugaskan membawakan lagu ini pada konsert mingguan kelima, lagu ini menyerlahkan lagi bahawa Farhan adalah orang yang berahsia. Hal tersebut diulangi oleh Siti Nurhaliza sendiri apabila beliau datang ke akademi itu.Lagu ini pernah dinyanyikan oleh Idayu pada Konsert Pre-Anugerah Era dengan menambah elemen whistle register ketika verse keduanya yang pada asalnya dinyanyikan menggunakan suara dada atau 'chest voice' oleh Siti Nurhaliza. Idayu juga mengimprovisasi melodi-melodi pada penghujung lagu tersebut dengan mengaplikasikan teknik 'messa de voce'. Julat vokal Siti di dalam lagu ini ialah G3 - E5.Lagu ini telah menjadi lagu terbaik di dalam Anugerah Planet Muzik 2007 yang diadakan di Singapura baru-baru ini.